Laman UtamaTentang KamiSertai KamiLog Masuk
Lihat Senarai Taska

Cemban

Dari komuniti untuk komuniti.

Cemban diasaskan oleh sepasukan pengamal pendidikan awal kanak-kanak dan pengasuhan di Malaysia. Misi kami adalah untuk menyediakan khidmat Pendidikan awal kanak-kanak dan pengasuhan yang mampu milik serta berkualiti tinggi bagi setiap keluarga.

Kami ingin memperkasakan individu terutamanya golongan wanita, dengan membantu mereka memulakan dan menguruskan TASKA mereka sendiri.

Misi Kami

Cemban berusaha untuk memperkasakan individu terutamanya golongan wanita, dengan membantu mereka untuk memulakan, memperbaiki dan mengendalikan perniagaan yang melibatkan Pendidikan Awal Kanak-Kanak terutamanya Taska di Rumah.

Nilai

Cemban bekerja dengan 4 prinsip untuk mewujudkan persekitaran yang lestari untuk pendidikan kanak-kanak.

Ini pada dasarnya siapa kita dan bagaimana kita berkelakuan.

Perlindungan & Keselamatan

In-Home TASKA berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat(JKM) untuk keselamatan dan kesejahteraan.

Sebanyak 9 kanak-kanak sahaja yang dibenarkan untuk sesebuah In-Home TASKA.

Pendidikan

Salah satu teras utama perkembangan kanak-kanak di CEMBAN adalah melalui konsep bermain sambil belajar.

Hak kanak-kanak bermain dan untuk mempunyai pengalaman membesar dengan ceria dan positif haruslah diutamakan.

Kolaborasi

Kerjasama antara pendidik, pakar, komuniti dan ibu bapa adalah mustahak dalam memastikan kesinambungan pembelajaran.

Cemban juga menerapkan penglibatan komuniti setempat dalam proses perkembangan kanak-kanak.

Advokasi

Advokasi dan kesedaran masyarakat tentang kepentingan pendidikan awal kanak-kanak adalah sangat penting.

Kualiti pengasuhan kanak-kanak haruslah sentiasa berada di dalam tahap yang tinggi.

Pasukan Kami


Hajah Mariani Mohamed Saad

Co-Founder


Hafiz Hasbullah

Co-Founder

Projek Kami

Pertubuhan Peladang Kebangsaan

Bagi menyelesaikan masalah TASKA Di Tempat Kerja, Cemban juga telah berkolaborasi bersama Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dengan menyediakan sebuah TASKA Di Tempat Kerja di ibu pejabat NAFAS yang terletak di Kota Damansara.

Alamat

5/2, Jalan Permaisuri 9
Bandar Sri Permaisuri
Cheras 56000 Kuala Lumpur

Emel

cemban.my@gmail.com

Tel

(+60)19-4568351

Pautan

Laman UtamaSenarai TaskaTentang KamiHubungiLog Masuk
Temui Kami di Facebook

© 2019-2020 Cemban
Hak Cipta Terpelihara.

Dimiliki oleh:
Kidsity Group Sdn. Bhd.

Sebahagian illustrasi, icon dan grafik dalam laman ini diambil daripada vectorpouch, macrovector, Freepik, Good Ware.