
Pedagogi Pendidikan Awal Kanak-kanak
Program ini membantu guru memahami teknik pengajaran dan pembelajaran TERKINI kanak-kanak abad ke 21. Selain itu juga, program ini boleh membantu guru untuk merancang, bertindak serta melaksanakan tugas dengan lebih kreatif dan innovatif.
Topik 1 : Kurikulum KSPK & PERMATA
Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
- Pendekatan holistik yang menekankan 6 tunjang utama
- Komponen utama: Bahasa, Matematik, Sains dan Alam Sekitar, Perkembangan Fizikal dan Estetika, serta Perkembangan Sosioemosi dan Kerohanian.
- Objektif: Membentuk asas pendidikan yang kukuh bagi kanak-kanak sebelum masuk ke sekolah rendah.
Program PERMATA
- Fokus kepada pendidikan awal kanak-kanak dari umur 0 hingga 4 tahun.
- Menekankan kepada pembangunan potensi kanak-kanak melalui pembelajaran yang menyeronokkan dan interaktif.
- 6 perkembangan utama: awal matematik, komunikasi, kreativiti, deria, dan fizikal.
Topik 2 : Penyediaan Bahan Pengajaran (RPH + RPA + ABM)
Rancangan Pengajaran Harian (RPH)
- Dokumen terperinci yang mengandungi langkah-langkah pengajaran harian.
- Merangkumi objektif pembelajaran, aktiviti yang akan dijalankan, dan bahan yang diperlukan.
- Membantu guru merancang dan melaksanakan pengajaran secara sistematik.
Rancangan Pelaksanaan Aktiviti (RPA)
- Dokumen perancangan yang lebih spesifik untuk aktiviti tertentu.
- Mengandungi butiran mengenai aktiviti, alat bantu mengajar, dan penilaian keberkesanan.
- Memastikan aktiviti yang dijalankan sesuai dengan objektif pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak.
Alat Bantu Mengajar (ABM)
- Bahan atau alat yang digunakan untuk menyokong pengajaran dan pembelajaran.
- Contoh: Kad imbasan, gambar, permainan pendidikan, buku cerita, dan bahan multimedia.
- Memastikan pengajaran lebih menarik dan berkesan.
Topik 3: Microteaching (teknik PENGAJARAN kanak-kanak)
Konsep Microteaching
- Kaedah latihan mengajar dalam skala kecil dengan penekanan kepada teknik pengajaran.
- Pelatih guru mengajar rakan sekelas atau kumpulan kecil kanak-kanak dan menerima maklum balas.
- Membolehkan guru memperbaiki teknik pengajaran mereka sebelum mengajar di kelas sebenar.
Teknik Pengajaran untuk Kanak-Kanak
- Menggunakan bahasa yang mudah difahami dan sesuai dengan tahap perkembangan kanak-kanak.
- Melibatkan aktiviti interaktif dan permainan untuk mengekalkan minat dan tumpuan kanak-kanak.
- Memastikan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan selamat.
- Mengamalkan pendekatan yang fleksibel dan menyesuaikan pengajaran mengikut keperluan dan minat kanak-kanak.

INTAKE JULAI !
*26 Julai 2025 - 7 SEPTEMBER 2025
HYBRID CLASS (Online and Physical)
*Sila Minta Jadual Penuh Program
Masa:
*Mengikut Jadual Yang diberikan
Tempat:
Kuala Lumpur
Harga PROMO!
RM 1,599 RM 1.000